DIPLOMA PERBANKAN // DIPLOMA IN BANKING UITM (BA119)

Hi , Assalammualaikum semua .. 🤗Alhamdulillah yeayyy akhirnya aku dah graduate on time .. ✨🥳 Selama 2 tahun setengah aku belajar banyak kisah2 malang , sedih, pahit, manis, suka, duka sepanjang aku bergelar pelajar DIPLOMA PERBANKAN // DIPLOMA IN BANKING (BA119) di UITM SEGAMAT ☺️ Aku dapat kat uitm segamat , tapi course ni ada je kat tempat lain .. Ikut nasib .. 🤭 Uitm Segamat a.k.a US pon best tau .. Pagi2 mesti berkabus, sejuk je rasa, dapat laa feel macam duduk kat US .. 😅

Malas aku nak cakap panjang2, aku tahu korang datang sini pon sebab nak tahu diploma in banking ni belajar apa ? dekat mana ? susah ke ? mencabar ke ? Boleh kerja apa ? 😏 Don't worry, Aku akan jawab semua persoalan korang okayy .. 😉

First, meh tengok dan baca course outline ni betul2 .. 👇🏻


Ya Allah panjangnya, banyaknya 😱 Macam susah je .. 😭 Abis tu korang ingat belajar ni senang ke ? Belajar laa kat mana2 pon , semua susah tahu tak , tapi kalau korang usaha , rajin semua jadi senang 😉 

Dalam satu sem tu adalah dalam 4-5 subjek je korang ambik .. 💯 Tengok dekat bahagian Part tu dia ada tulis subjek tu ambik sem berapa apa semua .. First korang kena paham system Uitm , Korang akan ada Assignment, Quiz, Test semua ni dipanggil Assesstment .. 🌻 Dan last sekali Final Exam .. 🌻 Selalunya Assesstment tu 60% , Final Exam 40% , Ni time aku laa , nanti time korang maybe sama / ada perubahan .. 

Untuk Assesstment tu sangatlah banyak peratus dia , So Assignment , Test , Quiz semua jangan buat ala kadar je .. 🙅 Kalau korang tak skor Assesstment, Tak Skor Final Exam memang mimpi jelah nak dapat A .. Final Exam korang akan jawab dalam dewan, Ni biasanya lepas dh habis 14 minggu belajar akan ada seminggu study week , and then selepas tu final exam .. ☺️ 

Next, Korang dah paham apa itu Assesstment , Apa itu Final Exam .. ☺️ So nampak tak dekat course outline tu dia ada highlightkan yang mana Course ELECTIVE .. ✔️ Haa yang tu pulak maksudnya tiada langsung Final Exam, Markah korang 100% pada Assesstment .. 🥳❌Yeayyyy kena happy laa kn ? Oh tidak, Nampak macam senang, Tapi memang senang pon korang kena skor Assignment, Quiz gn Test je kan ? 😆Tapi INGAT semua ASSESSTMENT tu tolong laa buat betul2, Pilih laa kawan ASSIGNMENT tu betul2, Pilih yang rajin2 je tau ehekk 😆 Kalau tak korang yang akan sakit .. 🙍

Masa korang sem 1 & 2 kebanyakkan subjek basic2 je , so sangat laa senang nak skor .. 💚 Yang mana tak de basic account time SPM tu jangan risau , korang mesti boleh skor punya subjek introduction to account tu .. 👌Buktinya aku dulu sekolah ambik sains tulen , tak de basic account langsung blur2 je masa first time , tapi kena rajin laa buat latihan .. So hasilnya untuk subjek tu aku dapat A+ , korang confirm2 boleh .. 👍🏻 

Untuk third language yang ada kat Uitm Segamat ni hanyalah Mandarin & Arabic ✔️ Korang tak boleh pilih tau , dia dah tentukan kelas mana ambik Mandarin , kelas mana ambik Arabic , and kelas pon tak boleh pilih masa sem 1 , tapi nanti dah sem 2 keatas dh boleh berebut rebut ye nak masuk kelas mana 😆 

Next, Kokurikulum. Koko dari sem 1-3 je .. ☺️ Sem 1 korang wajib masuk Kokurikulum National Kesastria tu dimana korang akan berkawad tiap2 hari rabu pukul 5 petang .. 🤭 Nanti dah naik sem 2 dan 3 koko dh boleh pilih sendiri ikutlah nk msuk koko permainan ke , persatuan & etc. 

Okayy Sem 3,4,5 ni korang dah tak boleh banyak main, Especially Sem 4 dan 5 .. 🙅Sebab apa ? Masa sem ni banyak subjek yang korang akan belajar more to course banking .. 😌 Atau dalam erti kata lain , subjek2 tu lebih mendalam dan lebih fokus pada course banking .. ✔️ Agak susah , kena study smart 🥰

Dalam banyak2 subjek, aku paling suka subjek ENT300 (SEM 5) Subjek ni tak ada langsung Final Exam, Test, Quiz .. 100% Assignment .. ❤️💯 Tapi assignment dia banyak laa ada 4 assignment 😌 Subjek ni korang kena buat business sendiri , kena menjual betul2, nak kena kira profit, loss, kira demand apa semua laa, tapi time aku kan semuanya online, so tak yah menjual 😆 Sem 4 aku bulan march 2020 , time ni dah start PKP apa semua, So bermulalah kehidupan kelas Online sampai sem 5 .. Aku start diploma July 2018 - Jan 2021 ☺️ 

Kehidupan sebagai pelajar universiti sangatlah mencabar, Korang kena pandai berdikari, Sentiasa jaga diri, Pastikan pilih kawan yang betul, tukar mindset and sentiasa positif .. 😉 Jangan sentiasa ingat bila dah jauh dari family korang boleh buat sesuka hati, Ingat !!! pergi mana2 nama parent / family tu laa yang korang sentiasa bawak .. 🤗 

Okayy aku dh penat menulis, Korang pon mesti penat membaca kan.. Mintak maaf kalau ada salah & silap .. Tak puas hati dengan penulisan ke apa , Saya hanyalah manusia biasa 😌 

So, kesimpulannya, diploma in banking ni tak susah sangat pon .. Macam yang aku cakap awal2 tadi , kalau korang rajin , belajar sungguh2 , InshaAllah semua benda akan jadi mudah 🤗Sekian, Terima kasih.. Assalammualaikum ❤️


Comments